Selasa, 28 April 2009

Model Kapal,Nabil,6Fascinating

Hazmi ialah seorang yang suka membina kapal.Dia suka membina kapal kerana dia berbakat.Kapal yang dibina oleh Hazmi semuanya cantik.Dia ternampak sebuah iklan tentang sebuah peraduan.Sesiapa yang boleh membuat kapal yang paling cantik dan mendapat nombor satu akan mendapat $2500.Hazmi bersegera melukis lakar gambar kapal.

Selepas beberapa jam,Hazmi selesai melukis kapal tersebut.Dia segera mengumpulkan bahan-bahan untuk membina kapal itu.Selepas beberapa minit,dia telah mendapat mengumpulkan semua bahan-bahan untuk membina kapal itu.Dia membuat kapal itu dengan segera.Selepas dia selesai membina kapal itu,dia melihat kapal itu dengan ternganga.Kapal itu sungguh cantik!

Hazmi berasa sungguh penat.Dia tertidur pada saat itu juga.Lalu tanpa disedari,kucing kesayangannya,Comot,ternampak kapal itu.Comot memecahkan kapal tersebut dan Hazmi terbangun apabila dia terdengar Comot meloncat dari meja itu ke lantai.Dia sungguh terperanjat apabila dia ternampak kapal yang sudah hancur itu.Dia tidak boleh membuat kapal itu lagi kerana dia mesti menghantarkan kapal itu pada masa itu.Dia tidak memarahi Comot kerana Comot tidak sengaja untuk memecahkan kapal itu.Hazmi tidak berpeluang untuk menjadi juara.

Tiada ulasan: