Ali mengerut-ngerut dahinya.Semenjak daripada tadi,bola matanya melayari buku panduan mengenai cara membina model kapal layar untuk menajamkan lagi kemahirannya.Ali amat berbakat dalam membina model kapal layar.
Tiba-tiba ,dia teringat tentang peraduan membina model kapal dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.Pemenang yang pertama akan menerima wang sebanyak $2500.Ali terus mencari dan mengumpul bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina model kapal layar.Setelah dia mengumpul benda-benda untuk membina model kapal layar itu,dia terus melakarkan rangka kapal di sehelai kertas.Setelah dia habis melakarkan rangka kapal itu,dia terus mulakan membina model kapal layar tersebut dengan penuh bersemangat.
Setelah berjam-jam Ali membina model kapal layar tanpa henti,barulah dia selesai membinanya.Ali meneliti model kapal layar tersebut sehingga dia tertidur kerana terlalu letih.Ketika Ali sedang tertidur,kucingnya melompat ke atas meja lalu memusnahkan model kapal layar Ali.Tidak lama kemudian,Ali terjaga daripada tidurnya.Dia terkilan dan berstighfar panjang apabila melihat bahawa model kapal layarnya telah musnah.Ali berasa kecewa kerana tidak mempunyai masa untuk membina semula model kapal layar itu.Harapannya untuk memenangi $2500 telah musnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan