Encik Ahmad amat meminati kerja-kerja pertukangan. Pada masa lapangnya, dia kerap menghabiskan masanya dengan hobi, membina maodel-model kapal. Dia berbakat besar. Pada suatu pagi, dia terbaca sebuah artikel di dalam surat khabar tentang sebuah sayembara membina model-model kapal. Hadiah pertama $2500 agak lumayan. Dia terus menyediakan barang-barang yang boleh dikitar semula.
Dia mengerling ke arah jam dinding yang tergantung dan terus memulakan kerja secepat mungkin. Dia membuat kapal dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Dia membuat kapal dari pagi tadi. Selepas beberapa jam bertungkus-lumus membuat kapal, dia berasa lelah, seperti tidak makan selama tiga hari. Dia memejamkan matanya yang berat itu setelah menghabiskan model kapalnya.
Selepas beberapa jam kemudian, dia terjaga dari tidurnya. Dia terkilan apabila ternampak model kapalnya telah dimusnahkan oleh kucingnya, Comel. Mukanya merah padam. Dia telah bersusah-payah dan telah ikhtiar, tetapi dia ialah seoarang yang tidak mudah putus asa. Dia terus membina model kapal yang baru.
Selepas dia sudah selesai membina model kapal, dia menghantar kapalnya ke tempat yang ditentukan. Selepas beberapa hari, hari yang Encik Ahmad nanti-nantikan sudah tiba. Hari yang menentukan jika dia mendapat wang tunai sebanyak $2500 ataupun tidak. Dia berasa berkobar-kobar dan hatinya berdegap-degup, apabila jurucakap hendak memberitahu pemenang untuk sayembara bagi peraduan membina kapal.
"Pemenang bagi sayembara membina kapal ialah, . . . Encik Ahmad! Syabas!" kata jurucakap lalu memberinya hadiah berbentuk wang tunai. Dia berasa amat girang mendapat tempat pertama dalam sayembara membina model kapal, tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kegembiraannya dan juga usahanya berbaloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan