Rabu, 18 Mei 2011

Bahasa Melayu Lanjutan











Pengenalan
Apa itu SASTERA RAKYAT ?
Sastera rakyat merupakan bahan sastera yang dihasilkan oleh segolongan masyarakat untuk kegunaan masyarakat itu sendiri. Cerita-cerita sastera rakyat disampaikan oleh penglipur lara. Cerita- cerita yang disampaikan sering mencerminkan kehidupan kehidupan segelintir masyarakat pada masa itu.

Apakah keistimewaan SASTERA RAKYAT?
Pengajaran yang diketengahkan dalam cerita-cerita sastera rakyat amat berguna kepada masyarakat pada masa itu. Setiap karya sastera mengandungi mesej yang tersirat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat pada masa itu.






Jenis-jenis SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bahagian iaitu naratif dan bukan naratif.





SASTERA RAKYAT NARATIF

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Antaranya ialah mitos, legenda dan cerita rakyat.








SASTERA BUKAN NARATIF

Sastera bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Antaranya ialah teka-teki, peribahasa dan puisi.






Mari kita teroka!

Klik di sini:

















































































Tiada ulasan: