Jumaat, 2 Julai 2010
Demam Bola Sepak
Semenjak Piala Dunia dimulai,semua orang sangat kecoh dan tergila-gila tentangnya.Di rumah saya, bapa saya yang tergila-gila tentang bola sepak.Bapa saya sebenarnya menyokong pasukan 'Liverpool'. Dia mengatakan walaupun pasukan itu telah kalah banyak kali,ia pasti akan maju suatu hari.Untuk Piala Dunia, bapa dan adik lelaki saya menyokong pasukan 'Spain'.Adik saya mengatakan dia menyokong pasukan itu kerana pemain bola mereka amat bagus dan bapa saya pula mengatakan dia menyokong pasukan itu kerana pada dia pasukan'Spain' ialah yang terbaik dibandingkan deenagan pasukan yang lain.Bapa dan adik saya yang sering tidur malam kerana mereka mahu menonton rancangan bola sepak, Piala Dunia.Mereka harus menahan mata mereka kerana tergila-gila terhadap bola sepak. Sampai mata mereka berlebam pun mereka tidak peduli.Sabrina
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan