Jumaat, 2 Julai 2010
Demam Bola Sepak Piala Dunia ( Siti Rezkiah 5H)
Saya amat meminati bola sepak. Buat piala dunia,saya menyokon pasukan Brazil,German,England dan Argentina. Mereka pasukan yang handal! Walaupun saya seorang perempuan, saya tetap menyukai sukan. Jangan salah sangka, saya bukan Tomboy seperti kelebihan budak-budak lelaki menyangka. Apa salahnya budak-budak perempuan menyukai bola? Kembali kepada topik,saya telah melihat pelbagai perlawanan tetapi perlawanan yang paling menarik perhatian saya ialah perlawanan German lawan England. Yang menarik perhatian saya ialah apabila England menjaringkan gol tetapi tidak dikira. Pada pendapat saya,ia tidak adil kerana England telah cuba tetapi tidak dikira. Saya berharap salah satu kumpulan yang saya menyokong akan memenangi Piala Dunia 2010.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan