Selasa, 5 Mei 2009

JANGAN PANDANG ATAS

''Tik Tok'' jam dinding yang usang kepunyaan nenek moyangku berbunyi.Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 4 pagi tetapi aku masih belum dapat melelapkan mataku lagi . Aku melabuhkan punggungku di atas tilam untuk menonton cakera padat digital. Rancangan yang disiarkan pada ketika itu kebetulan adalah filem seram ,"Jangan Pandang Atas".Aku segera mencapai kerepek pisang lalu mengunyahnya sambil menonton rancangan itu.
Tanpaku sedari,bungkusan kerepek itu terlepas dari genggamanku.Rupa-rupanya aku sudahpun tertidur di tilam itu.Tidurku dibuai mimpi.Dalam mimpi aku,aku masih berada di sebuah rumah rumah lima tingkat yang agak usang dan jauh terpencil.Sesekali sayup-sayup daun -daun bergeseran di luar rumah.Tidak jauh,berdidi ada sebuah tangga yang sudah roboh sebelah ke aras atas.Aku mengambil keputusan untuk naik dan melihat keadaan.
tiba-tiba aku terdengar hilaian suara yang mengerikan. Serta merta ,semua badan anggotaku menggigil ketakutan.Di atasku adalah sebuah lembaga coklat yang terapung apung terbalik.Ia sungguh gempal,rambutnya pendek dan kerinting yang berwarna warni. Ia menggunakkan kontak lens berwarna biru dan memakai "lipstick"warna merah jambu tebal.Ia terjatuh dan menghempapku kerana dia berat sungguh untuk terbang.
Aku tersadar dan berasa sakit kerana adikku yang gempal menhempapku yang kurus kering.Ibuku yang masih memakai telekong putih memasuki bilikku dan aku lalu pengsan.

Tiada ulasan: