Khamis, 23 April 2009

Nur Insyirah, P6 Brilliant


Insyirah 5B
Aku sentiasa tertawa tentang peristiwa manis itu.Ia selalu bermain di fikiranku.Ia pula berlaku semasa aku berumur 7 tahun dan berlaku di sekolah. Begini ceritanya.
"Eh,Mira aku tidak sabar untuk menerima hadiah daripada guru.Kata Fandi, cikgu akan memberi hadiah kepada murid-murid yang bertanggungjawab." Kataku kepada Mira. "Kamu yakin Insyira?"tanya Mira kepadaku. "Sudah tentu, aku selalu bertaggungjawab."Kata diriku kepada Mira dengan sombong.
Aku terus berlari ke bilik guru untuk memanggil guruku. Aku bertanya banyak soalan tentang hadiah itu. Guruku tidak menjawab soalan-soalanku Dia cuma murung dan beredar dari situ. Aku hairan mengapa guruku tidak menjawab soalan-soalanku.
Setibanya di kelas, aku memberitahu rakan di sekeliling aku. Akhirnya, guruku pun tiba dengan sedikit saja hadiah di dalam tangannya. "Fandi, jumpa saya diluar sebentar. Saya ingin bercakap dengan kamu." Kata guruku dengan marah.
Beberapa minit kemudian, Fandi tiba di kelas. Dia menagis terisak-isak. "Baiklah murid-murid saya akan memberikan hadiah-hadiah ini kepada beberapa orang murid yang bertanggung-jawab." Kata guruku dengan senang. Memberi beberapa buah hadiah kepada rakan-rakanku, guruku pun menyebut ketua kelas. Tanpa berfikir , aku berjalan dengan pantas dan mengambil hadiah itu.
"Eh, Insyira itu hadiah bukan untuk kamu." "Kamu bukan ketua kelas." Kata guruku. Muka aku terus menjadi merah. Aku pun sudah dapat pengajaran. Itulah kisah lucuku.

Tiada ulasan: