Apabila saya bangun dari tidur, saya berasa gembira kerana hari ini saya menyambut hari lahir yang ke sebelas tahun. Ibu memberitahu saya bahawa dia akan ke pasar untuk membeli makanan laut untuk dimasak kerana itu adalah makanan kegemaran saya. Ibu akan membuat jamuan secara kecil-kecilan sempena hari jadi saya.
Saya pun pergi ke sekolah dengan hati yang gembira. Saya asyik teringat-ingat akan kata-kata ibu saya tadi. Saya pun memberitahu kawan-kawan saya yang lain bahawa hari itu adalah hari jadi saya.
Ada juga beberapa orang kawan saya yang memberikan hadiah kepada saya. Saya berasa sangat gembira apabila menerima hadiah itu. Mereka adalah sahabat sejati saya.
Semasa saya hendak ke dewan sekolah tadi, saya dipanggil oleh Cikgu Khaizuran. Saya amat terkejut apabila cikgu memanggil saya. Rupa-rupanya cikgu hendak mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya. Saya pun mengucapkan terima kasih kepada cikgu.
Saya agak hairan kerana cikgu tahu hari itu adalah hari jadi saya. Rupa-rupanya, semua kawan-kawan saya memberitahu Cikgu Khaizuran bahawa hari itu adalah hari jadi saya.
Apabila waktu sekolah sudah tamat, saya pun dengan tidak sabar lagi pulang ke rumah. Ramai saudara-mara yang dijemput ke rumah saya untuk memeriahkan majlis hari jadi saya
Pada malam itu, saya memakai sehelai baju yang cantik yang dibeli oleh ibu sempena hari jadi saya. Majlis hari jadi saya disambut dengan meriah oleh saudara-mara dan rakan-rakan saya. Ibu menjemput tetamu-tetamu makan Mi Siam Goreng, kek dan buah-buahan yang dibeli oleh mak cik saya.
Mereka turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya. Semasa tetamu hendak pulang, ada diantara mereka yang memberi saya duit. Mereka juga mengambil gambar dengan saya untuk dijadikan kenang-kenangan.
Saya bersyukur kerana saya juga mendapat banyak wang. Wang itu akan saya simpan di dalam tabung. Itulah kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan