Model Kapal
Hidup tanpa bakat ibarat manusia tiada nilai.Sebagai seorang arkitek,bakatku adalah segalanya bagiku.Tidak dapat aku bayangkan jikalau aku,seorang arkitek yang tidak dapat melukis rangka kapal.Aku sudah kesuntukan masa.Aku telah mengambli bahagian dalam peraduan membina model kapal.hadiah bagi juara ialah $2500.Tiba-tiba,idea memasuki kotak minda aku.Aku dengan segera melukis rangka model kapal itu.
Setelah melukis rangka kapal tersebut,aku menilai hasil rangka model kapal dengan teliti sebelum aku membina model kapal tersebut.Aku menajamkan lagi kemahiranku dengan mengubahkan sedikit rangka model kapal itu.Di dalam borang peraduan itu menyatakan bahawa peserta-peserta harus menggunakan bahan-bahan kitar semula.Aku dengan pantas bingkas bangun dari tempat dudukku lalu menuju ke bilik untuk meletakkan bahan kitaran
semula.
Setelah itu,dengan penuh semangat membina model kapal yang telah aku lakarkan daripada titik peluhku sendiri.Membina model kapal dengan menggunakan bahan kitar semula bukanlah kerja yang mudah.Butir-butir kecil juga penting bagi membina model kapal tersebut.
Selang beberapa jam,aku telah selesai membina model kapal dengan menggunakan sifat tekun dan sabar.Aku tekun menilai model kapal yang aku sudah buat dengan puas hati.Akhirnya,sempat juga aku membina model kapal tersebut.
Aku juga mempunyai seekor kucing yang sangat degil.Aku menyayanginya sepeti mana aku menyayangi ibu bapaku.Disebabkan terlalu letih,aku tidur dengan leka di atas meja binaan model kapal aku tadi.Kucingku menyedari bahawa pintu bilikku renggang lalu memasuki bilikku.Dia menghancurkan model kapal aku.Dengan perasaan takut,kucingku berlari di mana ia boleh berteduh.
Sehingga ke pagi,aku nyenyak tidur di dalam alam aku sendiri.Aku terjaga pada pukul sepuluh setengah pagi.Alangkah terkejutnya aku melihat model binaan aku habis dimusnahkan.Aku sudah menyangka angkara siapakah ini.
Tanpa kusedari,air mataku jatuh berderai bagai butir-butir permata.Aku tidak boleh memarahi kucingku kerana dia tidak akan tahu bahasa apa yang aku sedang memarahinya.Nampaknya,
harapan aku untuk memenangi $2500 telah musnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan