Selasa, 28 April 2009

Model Kapal,Putri Nedayu 6 dynamic


Dalam kepekatan malam dingin,fikiran Ahmad asyik terbayang-bayangkan brosur yang menarik perhatiannya semasa dia hendak ke taman bunga yang berdekatan dari rumahnya.Brosur itu mengenai pertandingan menbuat model kapal yang menarik .Brosur itu mencatatkan bahawa hadiah pertama akan mendapat wang sebanyak $2500.Ahmad hendak melakarkan sebuah model kapal yang canggih dan unik.Dia terus ke biliknya untuk mencari buku mengenai cara menbuat model kapal di rak-rak bukunya.

“Tik,tok tik”kedengaran bunyi jam berbunyi.Ahamad menjeling ke arah jam dinding yang tergantung.Dia terlalu asyik melakar tanpa disedari masa berlalu begitu cepat.Jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi.Dia melakarkan kapal unik dengan mengunakan barang barang dikitar semula. Ahmad bertekad untuk menjadi seorang arkitek yang terkenal di seluruh dunia.Ahmad menbuat model kapal itu dengan yakin dan penuh bersemangat.Dengan tidak tidak menbuang masa,Ahmad mula mereka kapal tersebut.Dia membuatnya dengan tekun dan sabar.Kapal itu hampir diselesaikan hanya sedikit pelekat dan sebagainya.Malangnya,Ahamd tertidur.Dia tidak menyedari bahawa kucingnya yang dinamakan Comel memanjat ke meja belajarnya.Dengan tidak sengaja,Comel telah memusnahkan kapal Ahmad yang telah hampir sehari untuk menyelesaikannya.

Satu persatu persoalan muncul dalam kotak fikirannya apabila dia terjaga dari tidurnya.Wajahnya bertukar menjadi curiga.Segala kepenatannya hanya sia-sia sahaja.Dia berasa sesal bercampur sedih.Ahmad tahu hanya Comel yang melakukannya kerana hanya dia sahaja yang berada di rumahnya ketika itu tetapi dia tidak menyalahkan Comel kerana dia tahu yang seekor kucing itu tidak bersalah.Ahmad memaafkan Comel dangan ikhlas .Ahmad tahu yang banyak lagi peluang yang ada sesuai untuknya.Dia hanya berdoa kepada Tuhan supaya dia maju dan mencapai kejayaan juga cita-citanya yang telah diingini selama ini iaitu ingin menjadi seorang arkitek yang berjaya.Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Tiada ulasan: