Rabu, 29 April 2009

Model kapal yang musnah,Nisa Camillia,6 Dynamic

Mata Nazri tidak berkedip.Angin bertiup bersepoi-sepoi bahasa di dalam bilik Nazri.I a amat menyejukkan suasana di dalam biliknya.Nasib malang menimpah Nazri.Dia beristighfar panjang setelah melihat model kapalnya telah musnah.Sebenarnya,Nazri telah diarahkan oleh majikannya untuk memenangi hadiah wang tunai sebnyak $2500 dalam bidang membina model kapal.

Tanpa membuang masa,Nazri memulakan dengan melukis rangka kapal di sehelai kertas.Dia cuba menajamkan lagi kemahirannya dalam membina model kapal.Setelah habis melukis,Nazri mengerling ke arah jam dinding yang tergantung.Jarum jam menunjukkan pada pukul lapan lima puluh malam.Dia mula membina model kapal dengan menggunakan barang-barang yang telah dikitar semula seperti lidi mancis.Nazri memulakan dengan penuh semangat dan penuh keyakinan.

Setelah beberapa jam dia membina,Nazri berasa sangat nagntuk.Namun dia tetap tidak mahu berputus asa.Dia masih hendak menyambung kerjanya.Nazri melakukannya dengan tekun yang teramat.Sejurus selepas menghabiskan model kapal itu,Nazri terlena buat seketika.

Seekor kucing liar telah memanjat le atas meja Nazri sedang dia tidur.Kucing liar itu memandang model kapal itu dengan wajah yang curiga.Kucing itu kebingungan sendiri.Apakah itu?Adakah itu mainan?Dengan tidak sengaja,kucing itu telah memusnahkan model kapal itu.

Tiba-tiba,Nazri terjaga daripada tidurnya.Dia teragak-agak apabila melihat model kapal yang telah musnah itu.Nazri mengamuk sehinggakan dia mengetuk dahinya ke dinding beberapa kali.Dengan itu,dia mengambil langkah bertindak.Nazri menelefon majikannya dan menceritakan apa yang telah terjadi lalu Nazri dimarahi oleh majikannya.Pada saat itu,Nazri terus dibuang kerja.

Tiada ulasan: