Selasa, 28 April 2009

Model Kapal, Muhammad Irfan,6Creative

Azmir mengerut-ngerutkan dahinya.Dia baru pulang dari pejabatnya.Dia ingin hasilkan model kapal untuk menyertai pertandingan membuat kapal.Azmir ingin mendapat wang tunai berjumlah $2500.Dia melukiskan gambar rangka yang hendak dibuatnya.
Azmir memulakan kerjanya kira-kira jam 8.55 malam.Dia membuat dengan sepenuh semangat.Azmir menyelesaikan kapalnya pada jam 1.20 pagi.Tiba-tiba, kucing Azmir merosakkan kapalnya semasa Azmir sedang tidur nyenyek.
Azmir tidak menyedari bahawa kucingnya sudahpun memecahkan model kapal yang dibuatnya.Kira-kira pada jam 2.30 pagi,Azmir terjaga dari tidurnya.Dia terkejut dan kecewa melihat bahawa kapalnya telah musnah.Azmirternampak cakaran yang dibuat oleh kucingnya.Azmir berasa begitu marah tetapi dia tidak memarahi kucingnya kerana dia sedar bahawa dia lalai dalam menjaga model kapalnya.Dia bercadang untuk membuat semula model kapal tersebut.

Tiada ulasan: