Khamis, 23 April 2009

Karangan Nurul Ayuni P6 Energetic


Nurul Ayuni 5E

“Eh, hari ini kan hari lahir nenek,” hatiku berbisik.

Dalam perjalananku ke rumah, aku membayangkan bertapa indahnya hari itu. Aku membayangkan bagaimana seronoknya aku di pesta hari lahir nenekku itu.

Aku terpegun setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah. Apabila aku mendongakkan kepala ke siling, aku terlihat belon-belon telah siap tergantung. Di atas meja dipenuhi dengan bermacam-macam juadah dan sebuah kek yang besar tersergam dengan bangga di bahagian tengah meja.

“Wah, semuda sudah tersedia!”

“Mana ibu?” ibu bertanya sambil menoleh ke arah dapur seperti mencari-cari.

“Ayuni, apa kau buat di sini?” sepupuku bertanya dengan matanya terkebil-kebil.

“Eh, hari ini kan hari lahir nenek,” aku menjawab soalan itu dengan nada yang marah .

Tiba-tiba, kedengaran seseorang berteriak meminta tolong.

“Tolong,tolong!”

Semua orang di ruang tamu bergegas ke dalam bilik. Semua mata tertumpu kepada datukku yang terlentang di lantai. Mata datukku terpejam.
Pakcikku dengan cepat menghubungi pihak ambulans. Kami menunggu kedatangan ambulans dengan perasaan yang berdebar-debar.

“Cepat,, cepat, dukung bapa kau ni !” jerit nenek sambil mengelapkan titisan air matanya dengan sehelai sapu tangan pemberian datukku.

Ibu dan ayah menaiki ambulans manakla aku dan yang lain menaiki van pakcikku. Sesampainya aku di hospital, kami telah diarahkan oleh jururawat yang bertugas untuk tunggu di luar bilik operasi.

Nenek dan ibu menangis tanpa henti. Satu jam kemudian, seorang doktor pun keluar dan memberitahu keadaaan datukku.

“ Maafkan kami.”

“Kami tidak dapat membuat apa-apa lagi.”kata doktor itu dengan nada yang sedih.

Nenek meraung tanpa henti . Datuk telah pun meningglakan kami semua. Saya mendoakan agar roh datukku dicucuri rahmat . Sehingga hari ini, saya tetap akan mengingati peristiwa itu.

Tiada ulasan: