Sabtu, 25 April 2009

Kapal(Nasriah)

           Jam menunjukkan 7.55 malam. Hasyim melakarkan bentuk kapalnya. Dia telah menyertai pertandingan membina model kapal. Hasyim ialah seorang arkitet. Semenjak dia kecil lagi, dia suka membina model kapal. Dia mempunyai bakat dalam bidang ini. 
          
          "Erm...Bagaimana aku hendak memulakannya?"

           "Kayu, Ahh, lidi mancis! Aku akan menggunakan lidi mancis."

           "Tik,tik",bunyi Hasyim mengetuk lidi mancis itu.

            Hasyim berasa letih lalu pun telelap . Apabila dia terbangun, alangkah terkejutnya Hasyim apabila kapal modelnya telah musnah. Kucingnya, Comel, pun berada di atas meja. Hasyim pun cuba membuatnya lagi. 

          Apabila dia sudah melengkapkan model kapal itu, dia terus menghantar kapal itu ke pejabatnya. 

          "Ring, ring",telefon Hasyim berbunyi.

          "Tahniah Encik! Kamu telah memenangi pertandingan membina kapal model kerana model kamu yang paling cantik dan kreative."

           Hasyim pun terkejut. Dia tidak percaya bahawa dia adalah johan bagi pertandingan itu.

           Dia pun mengambil hadiahnya iaitu wang tunai yang berjumlah $2500. Dengan wang itu, Hasyim pun mendermakan sebahagian wang itu ke rumah tumpangan  anak yatim dan orang tua. 

        

           





           
             
           

Tiada ulasan: