Selasa, 28 April 2009

Kapal Hadi

Kedengaran alat pewarna yang terjatuh di pejabat Hadi yang dari tadi senyap sepi. Sejak kecil lagi,dia berbakat dalam membina model kapal. Dia mahu menjadi seorang arkitek. Sekarang dia seorang arkitek dan majikannya mahu Hadi mengambil bahagian dalam sebuah peraduan. Apabila dia sampai di rumah,dia mengambil buku panduannya dan kertas melukis. Dengan sekelip mata,dia telah melukis gambar kapal model.
Dia teringat bahawa hadiah pertama ialah $2500 dan dia harus menggunakan barang-barang dikitar semula. Hadi membuat projek ini dengan tekun. Dia meggunakan lidi,mancis,papan dan banyak lagi. Dia mahu kapal itu untuk menjadi yang terbesar dan tercantik.
"Meow! Meow!..." kucing Hadi yang bernama Si Comel mengiau.
Hadi mengambil makanan kucing untuk diberikan kepada Si Comel. Selepas itu,dia meneruskan membuat kapal model. Dua jam sudah berlalu, Hadi sudah terlalu letih yang dia pun sudah tertidur. Semasa Hadi sedang tidur,Si Comel melompat ke atas meja Hadi.Si Comel terus memusnahkan kapal model yang sungguh cantik. Pada hari keesokkan harinya,
"Ah!...Apa yang telah terjadi?"jerit Hadi.
Apabila dia sampai di kerjanya,dia menceritakan kepada majikannya.Majikannya menyuruh Hadi untuk membuat kapal model itu sekali lagi.

Tiada ulasan: