Aku,Aidil,Raven dan rakan-rakan kami sedang membuat pembetulan Matematik. Aku dan Aidil tidak menyedari bahawa Cikgu Khaizuran telah mengarahkan supaya murid-murid untuk beratur. Ada lapan orang murid dari kelas Cikgu Haryati yang memasuki kelas kami. Apabila kami sampai di bilik darjah ,kami memulakan ujian peribahasa. Aku terlupa bahawa hari ini hari ujiannya.
"ZzZ zzz..." Kedengaran bunyi mesin pemotong rumput memecahkan kesunyian di dalam kelas. Beberapa minit kemudian,kami sudah pun habis ujian. Jam di dinding menandakan tepat pukul tiga petang dan aku harus ke kelas tambahan Matematik. Semasa di dalam kelas Matematik, murid-murid disuruh menyemak kertas ujian Matematik.Selepas dua puluh minit,kami dapat menyelesaikan menyemak kertas itu.
Jam di tanganku menunjukkan tepat pukul empat petang. Apabila aku baru hendak keluar daripada sekolah,seorang pejalan kaki yang kakinya kelihatan tempang telah disembar petir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan